![]() |
| Seorang lelaki merangkak di selatan Alazizi, Arab Saudi untuk menunaikan solat |
Fenomena biasa bulan Ramadan begitu ramai yang hadir waktu solah Terawih di Masjid namun jumlahnya jauh lebih sedikit waktu Solah Subuh. Sedangkan dari segi keutamaan dan fadilat, solat Subuh berjemaah jauh lebih utama berbanding Terawih. Dikongsikan sebahagian hadis2 mengenai fadhilat Subuh berjemaah:
1) Solat subuh berjamaah sama seperti pahala solat seluruh malam (HR Muslim)
2 Solat subuh disaksikan oleh para malaikat siang dan malam (HR Bukhori)
3) Apabila seseorang itu tahu akan kelebihan mendatangi jemaah solat Subuh & Isyak dimasjid ia pasti! ia akan usahakan datang walaupun dengan keadaan merangkak (HR Bukhori)
4) Di anugerah fadhilat besar didalam subuh itu ada solat fajar yg keistimewaannya melebihi dunia dan seisinya (HR Muslim)
5) Nabi s.a.w. telah mendoakan kerbekahan orang2 yg bangun subuh((Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
6) Orang2 yg menunaikan solat subuh, ia mendapat JAMINAN dari Allah SWT (HR Muslim)
7) Orang2 yg memelihara solat Subuh & Asar akan melihat Allah SWT di dalam syurga sebagaimana kita melihat bulan yg tidak terhalang.(HR Bukhori Muslim)
8) Orang2 yg memelihara solat subuh & asar (diawal waktu dgn istiqomah) ia akan masuk Syurga (HR Bukhori)-
9) Barang siapa yg bunuh orang yg solat subuh Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dasar neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Kadang-kadang terdengar perbualan jemaah "aku terlewat sikit hari ni,mujur sempat solat sama dengan Imam tarawih'. Alangkah baiknya jika Subuh juga kita tergesa-gesa datang walapun dalam apa keadaan sekalipun.
Moga2 kita semua diberikan kekuatan untuk mengamalkannya.

No comments:
Post a Comment