Saturday, 21 September 2013

Hanya Insan Terpilih sahaje Layak Buat Kerja Ini.

Hanya Insan Terpilih sahaje Layak Buat Kerja Ini..Tapi adakah gadis yang melakukan kerja2 ini masih PERAWAN ? Bagaimanakah cara mereka tentukan keperawanan gadis tersebut.

Sebuah ladang teh di Gushi, China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar. Macam2 kaedah dan cara manusia nak menarik perhatian kan...Agak2 adakah ini salah satu strategi promosi teh syarikat tersebut? Sama2 lah kita dalami maksud tersirat dan tersurat syarikat ini? Mahu? hehehe......Apapun bagi aku ia kaedah yang menarik cuma mungkin dari segi nilai estetika kepada kaum wanita agak skeptikal kerana mempergunakan mereka. Mungkin....


Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut


Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka. Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar. Syarat yang ini bagi aku memang skeptikal,. Kawan2 rasa kenapa kriterianyer mesti sebegitu rupa?.....?


Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir,” kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.


Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit. Sehari kalau kerja macam ni memang sangat2 berbaloi, cume pekerja2 terpilih ini perlu berhati2, takut2 waktu nak menggigit daun teh itu, terkena pulak gigitan dari semut, ulat beluncas ataupun siput yang mengambil kesempatan...hehehehe

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Patutlah mereka terpaksa menggunakan kaedah sedemikian, rupa2nya ada legenda disebaliknyer. Samada ia benar atau kebetulan, kita semua sedia maklum. Bagi aku kaedah ini sebenarnya lebih kepada strategi promosi yang sangat2 berkesan untu meningkatkan keuntungan syarikat. Lebih2 lagi cerita ini sudah tersebar ke seantero dunia......



Friday, 20 September 2013

Isteri Super : Anugerah Pada Suami

Mansura Sirai 65

SANDAKAN:“Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.


“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapatmenyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat. Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

TIP :
Setiap kita tidak kira adam dan hawa mempunyai kelemahan masing2. Contohnya dalam peperangan, adalah menjadi satu kekuatan kita bila kita tahu kelemahan musuh atau pihak lawan.

Lelaki harus mengetahui dan mendalam kelemahan wanita begitu juga sebaliknya. Ini rahsianya :

Kelemahan Lelaki : Mata kerana melalui mata lelaki jatuh cinta, melihat keindahan dan kerupawanan wanita membuat hatinya cair ditangan wanita.

Kelemahan Wanita : Telinga; kerana telinga wanita cair mendengar kata indah dari lelaki tak kira samada hensome atau tak. Kerana kelemahan inilah ramai wanita tertipu, tergoda, ternoda dek kata2 yang disifatkan romantis. Wanita juga mampu jatuh cinta hanya dengan mendengar tentang kebaikan seseorang lelaki tanpa perlu melihatnya.



Rashid Sidek sah letak jawatan



Rashid Sidek
JURULATIH badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan peletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) hari ini.

Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Beliau disahkan menghantar surat peletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh.


Selain kesukaran bekerja di bawah pimpinan baru BAM, Rashid juga dilaporkan sukar bekerja di bawah pengarah pengurusan bakat BAM, Tan Aik Mong. Kenny turut mengesahkan peletakan jawatan Rashid kepada sebuah stesen televisyen. Beberapa hari lalu, Rashid diletakkan dibawah penyeliaan abangnya, Razif Sidek selepas Aik Mong melakukan beberapa perubahan dalam struktur kejurulatihan BAM.


Aik Mong ketika dihubungi enggan mengulas mengenai peletakkan jawatan Rashid, kerana satu sidang media tergempar akan diadakan di Pejabat BAM pada Jumaat. Tindakan Rashid ini jelas satu tamparan buat BAM dan ia perlu ditangani segera.


Mungkin ada sesuatu yang pelik dengan perletakan jawatan ini dan apa-apa pun diminta agar semua pihak menghormati barisan jurulatih yang telah banyak membantu membangunkan sistem badminton negara.

Sebelum ini, seorang lagi abang kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek turut mengambil tindakan sama pada 2010.

Poligami


Gambar Hiasan






Ustazah : "Saya tidak pernah menolak hukum poligami."

Jemaah : "Wah, hebat ustazah!"

Ustazah : "Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi."

Jemaah : "Wah, benar-benar kelas ustazah."

Ustazah : "Yang penting........"

Jemaah : "Yang penting...adil ye ustazah?"

Ustazah : "Bukan...yang penting, bukan suami saya

Jemaah : @%!^*


Sumbangan: Syazwan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...