![]() |
| Mansura Sirai 65 |
SANDAKAN:“Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapatmenyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.
“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.
Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat. Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.
Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.
TIP :
Setiap kita tidak kira adam dan hawa mempunyai kelemahan masing2. Contohnya dalam peperangan, adalah menjadi satu kekuatan kita bila kita tahu kelemahan musuh atau pihak lawan.
Lelaki harus mengetahui dan mendalam kelemahan wanita begitu juga sebaliknya. Ini rahsianya :
Kelemahan Lelaki : Mata kerana melalui mata lelaki jatuh cinta, melihat keindahan dan kerupawanan wanita membuat hatinya cair ditangan wanita.
Kelemahan Wanita : Telinga; kerana telinga wanita cair mendengar kata indah dari lelaki tak kira samada hensome atau tak. Kerana kelemahan inilah ramai wanita tertipu, tergoda, ternoda dek kata2 yang disifatkan romantis. Wanita juga mampu jatuh cinta hanya dengan mendengar tentang kebaikan seseorang lelaki tanpa perlu melihatnya.
