Cerita ini adalah ringkasan dari seorang ustaz yang bernama Ustaz Wadi Annuar menceritakan tentang Banduan Akhir.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah berat dan mengalami proses kehakiman kadangkala sehingga 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.
Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat. Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya "Sel akhir".
Katankanlah Hakim menjatuhkan hukuman pada hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja. Waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi sehingga jam 7 pagi."
Prosedurnya sememangya begitu.Kalau hukuman dibaca pada hari Ahad, maka pada hari Jumaat dijatuhkan hukuman. Kalau pada hari Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
Org yang namanya Banduan Akhir ini, selesai sahaja hakim membaca keputusan, lutut dia dah tak boleh berdiri dah.Sebab apa tuan-tuan ? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi. Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali sorang-sorang
![]() |
| Bilik Banduan |
Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya dengan sentiasa membaca Al-Quran dan bila ustaz Agama yang pergi disitu, majlis percakapan serta nasihat itu akan dipenuhi dgn tangisan air mata.
"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".
Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah sembahyang.
dan solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pd Allah SWT.
Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung, malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah. Manusia yang tahu ajalnya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan. Sebab itu diantara rahmat Allah yang besar adalah Allah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua sebab dia tau untuk bertaubat bila dan dia boleh bertaubat , Alhamdulillah, majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT sebab tak tau bila nak mati.
Maka baduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah.
"YaAllah aku berdosa dihadapan Mu YaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kpdMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!".
Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Untung dia. Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 . Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akan diberikan pilihan dan boleh pilih.
Tuan-tuan banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah. Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur.
Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.
Maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu Rahsia Allah.
Ya ..benar, dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
![]() |
| Gambr Hiasan |
Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dengan ahli keluarganya. Tuan-tuan, bagi peluang bercakap denagn ahli keluarga pun dah tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan menangis, peluk dan menangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.
Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam?
Tak ada apa yg boleh dipesan diketika itu. Yg boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;
"Maafkan ayah...Maafkan ayah".
Bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.
Nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.
Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua'lam.
"Taubat Banduan Akhir" dari Ustaz Wadi Annuar
CREDIT - Friends of PDRM



No comments:
Post a Comment