Sunday, 23 February 2014

Al- Tayyeb Yousef Seorang Pengembala Kambing Sudan di Arab Saudi


Cuba kita bertanya kepada diri kita pernahkah kita belaku jujur dengan diri kita? Adakah jujur kita ini kerana takutkan Allah atau sekadar untuk dapatkan pujian manusia.

Kisah Al- Tayyeb Yousef adalah suatu pengajaran yang amat baik kepada kita dan menjadi teladan sebagai umat Islam yang takutkan Allah. Betapa agungnya kuasa Allah S.W.T yang mengangkat martabat hambanya yang dikehendaki.


Seorang Pengembala Yang JUJUR

Al- Tayyeb Yousef, seorang pengembala Sudan di Arab Saudi telah mendapat ganjaran di atas kesetiaan dan kejujuran beliau selepas klip video beliau yang enggan menjual salah satu kambing tuannya telah viral di laman sosial. 


Yousef telah dianugerahkan cek bernilai SR 20,000 oleh Al -Hussaini Foundation. Beberapa orang dermawan juga memberi Yousef cek yang lain bernilai jumlah yang sama.

Satu delegasi ahli-ahli dari masyarakat Sudan menyambut Yousef di kedutaan Sudan di Riyadh di hadapan Al Sheikh Adel Al- Mahalawi , orang yang telah
merekodkan klip video itu. Al- Mahalawi juga merupakan Imam    dan Pensyarah di Masjid Al- Sa'egh di wilayah Al- Medlej .

Duta Sudan ke Arab Saudi, Abdel Hafez Ibrahim berkata perbuatan Yousef mewakili moral Islam yang sebenar. Duta itu berkata orang yang boleh dipercayai seperti itu menjadi kebanggaan negaranya. Beliau turut juga memberikan SR 200,000 kepada Yousef, sebagai satu penghormatan kepada kejujuran . 




    








Dipetik dari 


Mari kita lihat dialog Pengembala Kambing yang diminta jual kambing tuannya itu oleh seseorang yang cuba untuk membeli dengan pemberian sedikit wang. Pembeli itu cuba untuk menguji kejujurannya :-

Pembeli        - : Bolehkah kamu jualkan kepada kami seekor kambing kamu ?
Pengembala  - :  Oh..tidak..tidak

Pembeli        - : Mengapa ?
Pengembala  - :  Kambing-kambing ini bukan saya yang punya..

Pembeli        - : Ok...cuma jualkan kami cuma seekor sahaja.
Pengembala - : Bolehkah saya memberikan sesuatu yang bukan milik saya ?.Ooo Shaikh ?

Pembeli        - : Tidak ada masalah dengan itu..kamu boleh bagitahu pemiliknya bahawa kambingnya sudah hilang.
Pengembala - : Kamu mahukan saya berkata begitu ? Tidakkah itu HARAM ? ataupun di dalam kubur nanti ada pelepasan untuk benda yang HARAM ? rasa di dalamnya nanti semua akan ditanya.

Pembeli        - :  Kamu maksudkan ada kebertanggungjawaban nanti di dalamnya?
Pengembala - :  Demi Allah..ia akan ada pembalasan di dalamnya..

Pembeli        - :  Apa yang kamu rasa bila kamu mengembala? Adakah kamu rasa selesa ataupun gembira  bersama-sama dengan kambing-kambing ini ?
Pengembala - : Alhamdulillah...saya berasa selesa denganya..Sesiapa sahaja yang mendapatkan sesuatu yang halal dia akan bahagia.

Pembeli        - :  Ok..cuma bagi kami seekor sahaja..Diharapkan Allah akan memberi rahmat kepada ibu bapa kamu..
Pengembala - : Tidak-tidak..ia ibarat seperti langit dengan bumi

Pembeli        - : Apa maksud kamu ?
Pengembala - :  Seperti Langit dengan Bumi ..Adakah kedua-duanya cuba mendekati antara satu sama lain?

Pembeli        - : No..
Pengembala - :Begitu juga saya tidak akan memberikan kambing saya. Jika saya hendak berikan kambing saya kepada kamu, langit dan bumi mesti mendekati satu sama lain dahulu. Itu bermaksud sesuatu yang mustahil ianya akan berlaku.

Pembeli        - : Kami akan berikan kamu 200 riyal
Pengembala - :  Demi Allah, walaupun kamu berikan saya 200,000 riyal pun saya tidak akan menjualnya kepada kamu..Tuhan yang menguasai Ka'abah.

Pembeli        - : Kenapa ? Bukankah tiada orang di sini yang melihat kamu dan kami tidak akan memberitahu kepada sesiapa ?
Pengembala - : Tidakkah Allah melihat saya sekarang ?

Pembeli        - : Sudah tentu Allah melihat kamu
Pengembala  - :  Kemudian siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kesalahan saya nanti, kamu atau tuan saya.

Pembeli           &%%*%*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...