Tuesday, 8 October 2013

Sihir jelas pesongkan akidah umat Islam

Menggunakan apa sahaja asal menarik - hiasan
SABAK BERNAM – Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya menghindarkan diri dengan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan dan tidak mudah mempercayai sebarang unsur-unsur sihir yang jelas memesongkan akidah.

Pendakwah, Ghazali Ibrahim berkata, jika masyarakat terus mempercayai perkara yang meragukan itu dikhuatiri boleh mengundang perbuatan syirik dan amalan mereka tidak diterima ALLAH selama 40 tahun.

Menurutnya, masyarakat pada hari ini dilihat lebih berminat kepada perkara yang melalaikan dalam agama hingga tanpa sedar menyekutukan ALLAH, sedangkan dalam al-Quran ALLAH selalu berpesan supaya menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

“Kenapa masih nak tengok kalau tak ada kena mengena dengan agama dan iman kita?. Bila kita terjebak, istighfar banyak-banyak kerana perkara ini boleh jatuh syirik jika kita percaya kuasa selain ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seorang  lelaki menjadikan sebuah pasar malam di Sabak Bernam yang kononnya mempunyai ‘kuasa ajaib’ hingga mampu menjadikan abu yang dibakar daripada kertas surat khabar bertukar menjadi wang.

Ghazali berkata, umat Islam digalakkan supaya selalu menunaikan solat di masjid dan mengamalkan solat sunat bagi memohon kepada ALLAH supaya dimurahkan rezeki daripada mempercayai perkara yang boleh menggadaikan iman.

“Kalau kita orang Islam, kenapa kita buat perkara itu dan mempercayainya seperti bakar sana, bakar sini sampai boleh nampak RM1, tetapi hairannya kenapa tak jadi RM1,000 atau lebih,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...